页面

2014年3月9日星期日

Update misi mencari MH370

-Panglima Tentera Udara mengesahkan radar ketenteraan merakamkan pesawat berpatah balik sebelum hilang dari radar.
-Konsulat di Ho Chi Minh menyangkal dakwaan media vietnam yang melaporkan penemuan ekor pesawat, sebaliknya ia mungkin merupakan cermin atau pintu pesawat atau objek lain tetapi bukan ekor pesawat.
-Juruterbang pesawat Boeing 777 yang menuju ke Narita, Jepun melaporkan ada membuat perhubungan terakhir dengan pesawat MH370 ketika ia telah hilang dari radar tetapi disebabkan bunyi yang bising tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan sebelum hubungan terputus, namun tidak kedengaran bunyi siren kecemasan.
-Terdapat dua penumpang yang menggunakan kad pengenalan palsu dan dua lagi sedang disiasat. 20 orang penumpang merupakan pekerja freescale semiconductor (12 dari malaysia, 8 dari china)
-ada kemungkinan pesawat membuat 'air turn back'
-Pakar strategis dari UTM membuat ulasan bahawa alat elektronik komunikasi pesawat mungkin bermasalah sehingga tidak dapat menghantar isyarat ke menara2 pusat namun disebabkan kedudukan pesawat boeing yang terbang hampir dengan pesawat itu membolehkannya memintas isyarat pesawat pada ketika itu. Manakala misi mencari diteruskan hingga ke selat melaka kerana anggaran dalam tempoh 10 minit pesawat tersebut mampu tiba ke sana, walau bagaimanapun ada dua arah yang berkemungkinan untuk pesawat berpatah balik dan mengambil kira berapa jauh ia bergerak. Beliau juga menolak kemungkinan berlaku hijacking di atas kapal terbang
-Faktor2 saintifik diambil kira berdasarkan pengalaman2 kehilangan kapal terbang pada masa lalu termasuklah kemungkinan berlaku tekanan udara yang rendah secara tiba2 dan angin lintang. Namun cuaca pada ketika itu dilaporkan baik.
-Pasukan tentera mengetuai SAR MH370
-Dua tompokan minyak dijumpai kira2 100 batu nautika dari pantai tok bali
-Media asing dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi keterlaluan mengenai keadaan pesawat kerana boleh memberi tekanan kepada pasukan mencari.
-Tiada petunjuk mengenai kedudukan pesawat selepas 41 jam misi mencari
-MAS akan buka bilik gerakan sama ada di kota bharu atau di ho chi minh sejurus selepas lokasi pesawat diketahui
-China, vietnam, filipina, singapura dan amerika syarikat hulur bantuan mencari.
-Pasukan kesihatan dari 'the everly hotel' bantu tangani trauma keluarga mangsa

没有评论:

发表评论