页面

2014年3月15日星期六

马来文笑话:Pandainye...

Kelas yang tadi bising tiada guru, kini menjadi senyap sunyi, Ini kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang, seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalian hendak tahu, ikutilah pelajaran cikgu ini.
Murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid: Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk. Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentag perkataan berlawan. Apabila cikgu sebutkan perkataan, kamu mesti menjawab dengan cepat dan betul. Faham?
Murid: Faham cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid: (Senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid: Ya!
Cikgu: Oh, Tuhan!
Murid: Oh, Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan penyataan, bodoh!
Murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tahu!
Murid: Akar lama tak tahu!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid: Mengapa saya pandai sangat?
Cikgu: Oh, melawan!
Murid: Oh, mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis cikgu!
Murid: Kekal kami!
Cikgu: OK, pelajaran sudah habis!

没有评论:

发表评论